Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Subang: Suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad lalu, Hafizul Harawi, tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Subang, Selangor 2.15 petang, hari ini.

Hafizul, 38, dibawa menaiki pesawat King Air B300 Milik PDRM dari Kota Bharu, Kelantan.

Suspek yang berbaju lokap bewarna ungu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam.

Hafizul yang ditahan semalam di Jalan Bayam, Kota Bharu direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dia ditahan di Jalan Bayam pada 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis

Suspek kes tembak KLIA mungkin mahu lari ke Makkah melalui Thailand - Polis

Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan

'Saya perlukan 7 peguam wakili saya'

'Saya akan beri kerjasama kepada polis'

Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut

Hafizul direman tujuh hari

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 2:48 PM