TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kereta Honda City dinaiki suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam dibeli secara kaedah sambung bayar.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kereta berwarna putih terbabit dibeli suspek daripada seorang individu.

"Sebab itu kenderaan terbabit bukan didaftarkan atas nama suspek (sebaliknya nama pemilik asal itu) kerana dibeli secara sambung bayar.

"Dalam masa sama, kita juga sudah merakam keterangan saksi termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, usaha mengesan suspek yang dipercayai masih berada di dalam negara sedang giat dijalankan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis juga sudah mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek dengan nombor pendaftaran WXU5666.

Hasil maklumat dan risikan, pihak polis percaya suspek melarikan diri ke arah utara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

TERKINI: Hafizul dah ditahan polis

Imigresen perketat pintu sempadan, mungkin Hafizul guna pasport palsu

Polis nafi Hafizul berada di Makkah

Polis kumpul maklumat daripada ahli keluarga, kenalan Hafizul

'Saya percaya Hafizul akan ditangkap dalam masa terdekat' - KPN

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 3:09 PM