GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Langat: Penduduk di 30 kawasan di Jenjarom, Banting di sini akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara bermula hari ini hingga Khamis ini susulan kerja-kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pekan Jenjarom.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, gangguan bekalan elektrik sementara selama 15 hingga 30 minit secara berperingkat akibat pemasangan dan penanggalan genset.

"Kerja-kerja ini akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya, di sini.

TNB berkata, antara kawasan yang terbabit adalah Taman Desa, Kampung Baru Sungai Jarom, Taman Yayasan 5, Telok Panglima Garang, Jalan Raja Busu,Taman Makmur dan Jaromas 1,4,5 & 6.

Selain itu adalah Taman Kota, Econsave Jaromas, Simpang Kampung Jenjarom, Sekolah Menengah Jenjarom, Jalan Luhur 18, Jalan Abu Masmo, STP Jaromas, Taman Amanah 3 , Stesen Suis Utama Jaromas, Ang Ken Seng, PDT Jalan Satria 6 & 58, CS Grow Max dan Sin Kim Hin.

Turut terbabit adalah TPG Industri Park 2, Sungai Rambai, Timber Top, No Problem, Peer Mark Properties, MTD Jalan Segenting, Kien Aik Realty Sdn Bhd, Fanta Asli, Taman Bersatu dan Taman Desa Jarum 2.

"Sebarang kesulitan yang dialami pelanggan semasa kerja-kerja henti tugas ini amat dikesali.

"Untuk keselesaan para pengguna, kami mencadangkan agar persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini.

"Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum," katanya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau melalui Facebook: TNB Careline dan Twitter: @Tenaga_Nasional.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 10:29 AM