ALIRAN trafik mula perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, di Lebuhraya KL-Karak hari ini. FOTO Bernama
ALIRAN trafik mula perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, di Lebuhraya KL-Karak hari ini. FOTO Bernama
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan dari Bentong ke Bukit Tinggi sejak jam 9.40 pagi tadi.

"Trafik arah barat dilapor perlahan sejauh 4.6 Kilometer (km) dari km 67.8 hingga km 63.2. Dari km 58.1 hingga km 49.2 bermula Bentong ke Bukit tinggi. Kesesakan sejauh 8.9 km.

"Trafik perlahan susulan pertambahan aliran trafik," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Plaza Tol Juru, Taiping Utara ke Changkat Jering, dan Hentian Bukit Gantang ke Bukit Berapit.

Trafik turut perlahan dari Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, sebelum Terowong Meru, dan dari Gopeng ke Gua Tempurung.

Sementara itu, kemalangan dilaporkan di Kilometer (KM) 327.3 arah Selatan Lebuhraya Plus dari arah Tapah ke Bidor menyebabkan aliran trafik perlahan namun tiada lorong yang terhalang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 11:49 AM