GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik tinggi direkodkan di beberapa laluan di sekitar Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak susulan orang ramai meraikan sambutan Aidilfitri, hari ini.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 8 malam tadi mendapati aliran trafik tinggi di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Slim River ke Sungkai; Sungkai ke Ladang Bikam; Ladang Bikam ke Tapah; Tapah ke Gopeng; Ipoh (utara) ke Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Bukit Berapit.

Selain itu, aliran trafik juga tinggi di Hentian Juru ke Plaza Tol Juru; Bukit Tambun ke Hentian Alor Pongsu; Bukit Merah ke Taiping (utara); Hentian Taiping ke Changkat Jering; Changkat Jering ke Sungai Perak; Tambun ke Simpang Pulai; Gopeng ke Gua Tempurung; Gua Tempurung ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah dan Bidor ke Sungkai.

Di arah selatan lebuh raya sama, aliran trafik tinggi dilaporkan di Kepala Batas ke Hutan Kampung; Alor Setar (utara) ke Alor Setar (selatan); Gurun ke Sungai Petani; Seberang Jaya ke Perai; Hentian Juru ke Plaza Tol Juru; Bukit Tambun ke Bandar Cassia; Sungai Bakap ke Jawi; Bukit Merah ke R&R Gunung Semanggol; Hentian Taiping ke Changkat Jering dan Changkat Jering ke Sungai Perak.

Aliran trafik juga tinggi arah selatan di lebuh raya sama di Tambun ke Simpang Pulai; Hentian Simpang Pulai ke Hentian Gua Tempurung; Gua Tempurung ke Tapah; R&R Tapah ke Bidor dan Ladang Bikam ke Sungkai.

Beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak juga mencatatkan aliran trafik tinggi iaitu di Karak ke Bentong dan Bentong ke Lentang.

Selain itu, beberapa kemalangan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan iaitu di Kilometer (KM) 248.1 arah utara dari Pedas Linggi ke Senawang menyebabkan trafik perlahan di lokasi.

Satu lagi kemalangan dilaporkan di lebuh raya sama di KM 59.3 arah selatan dari Alor Setar (selatan) ke Pendang, namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2022 @ 8:28 PM