ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan. FOTO Twitter LLM
ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara-Selatan. FOTO Twitter LLM
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara mulai perlahan tengah hari berikutan sambutan perayaan Deepavali, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di Twitter memaklumkan, trafik perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur dan dari Senawang ke Port Dickson di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

"Dua kejadian kemalangan yang berlaku masing-masing di kilometer (KM) 46.2 KLK arah barat (Lentang-Bukit Tinggi) dan KM 354.6 PLUS arah Selatan (Sungkai-Slim River) turut menyebabkan trafik perlahan," menurut LLM.

Aliran trafik perlahan turut dilaporkan LLM dari Juru Autocity ke Plaza Tol Juru dan di Bangunan Sultan Iskandar arah selatan dari Malaysia ke Singapura.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter http://www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 4:08 PM