RAZARUDIN meluangkan masa berbuka puasa di lapangan bersama anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau, Sepang. FOTO Ihsan PDRM
RAZARUDIN meluangkan masa berbuka puasa di lapangan bersama anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau, Sepang. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi

Sepang: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sempat meluangkan masa berbuka puasa di lapangan bersama anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau, di sini, semalam.

Sebelum berbuka beliau sempat melihat bangunan menempatkan anggota PGA sebelum berbuka bersama mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas berbuka Razaudin turut mengimamkan solat bersama anggotanya.

Kesemua anggota terbabit dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan laluan pintu keluar masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau turut mendoakan agar semua petugas Sang Saka Biru sentiasa dilindungi Allah sepanjang menjalankan tugas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 4:18 PM