Pengurus Besar Asia Tenggara untuk Kumpulan Ulike Korea Selatan, KM Leong. FOTO - Ulike.
Pengurus Besar Asia Tenggara untuk Kumpulan Ulike Korea Selatan, KM Leong. FOTO - Ulike.
Muhammad Najmir Razaman

Jenama produk penjagaan diri terkemuka China, Ulike baru-baru ini mengumumkan pengembangan jenama syarikat itu ke rantau Asia Tenggara sekali gus melancarkan satu lagi produk berkualiti keluaran mereka iaitu Ulike ReGlow LED Face Mask dalam satu majlis eksklusif bertempat di House on Sathorn, Bangkok.

Ia bagi menawarkan inovasi produk penjagaan wajah dari rumah berkualiti yang memenuhi keperluan para penggemar jenama produk kecantikan itu di rantau Asia Tenggara.

Pengenalan kepada topeng muka berteknologi tinggi ini juga adalah sebahagian daripada komitmen Ulike dalam merevolusikan dunia penjagaan wajah serta kesinambungan kepada peranti penyingkiran bulu Ulike Air3 yang diperkenalkan tahun lalu.

Pengurus Besar Asia Tenggara untuk Kumpulan Ulike Korea Selatan, KM Leong berkata, matlamat utama jenama itu adalah untuk menjadi peneraju penggunaan teknologi dalam dunia kecantikan dan penjagaan badan buat semua pengguna dengan keperluan dan pilihan yang berbeza.

"Didorong oleh penyelidikan dan inovasi, Ulike akan terus berusaha menghasilkan peranti kecantikan profesional canggih yang berkesan, selamat dan berkualiti tinggi bagi kegunaan pengguna di Asia Tenggara.

"Pelancaran Ulike ReGlow LED Face Mask secara rasmi ini juga adalah satu daripada langkah kami dalam menyediakan penyelesaian kecantikan komprehensif buat pengguna Ulike di rantau ini," tambahnya.

Rutin kecantikan profesional dari rumah

Topeng muka berteknologi tinggi, Ulike ReGlow LED Face Mask direka khas menggunakan empat mod lampu LED bagi menawarkan hasil berbeza seperti anti-penuaan, pengurangan jerawat, pencerahan serta menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit.

Ia menjanjikan hasil penggunaan seawal 14 hari tanpa perlu menggunakan jarum atau kos rawatan yang tinggi bermula dari rumah.

Uniknya, setiap mod menggabungkan dua hingga tiga gelombang cahaya untuk mencapai hasil yang diingini.

Sebagai contoh, dalam mod anti-jerawat, rawatan itu menggabungkan cahaya biru 415nm dengan cahaya merah 630nm semasa rawatan, menawarkan pendekatan komprehensif yang sesuai untuk penjagaan kulit.

Dalam acara sama, Ulike turut memperkenalkan duta serantau terbaharu jenama itu yang juga merupakan selebriti terkenal Thailand dan pengguna produk Ulike, Davika Hoorne.

Beberapa selebriti terkemuka tanah air yang juga duta jenama Ulike seperti Anna Jobling, Marion Caunter, Marsila Hassan dan Gladish Chan turut hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran ini.

Kini di Malaysia

Bersempena dengan pengumuman pengembangan syarikat itu di rantau ini, Ulike turut berbesar hati menawarkan promosi hebat buat semua pengguna yang ingin memiliki peranti penyingkiran bulu Ulike Air3 dan topeng muka Ulike ReGlow LED Face Mask.

Peranti Ulike Air3 akan dijual pada harga hanya RM 1,329 manakala Ulike ReGlow LED Face Mask akan dijual pada harga hanya RM 2,229 di platform e-dagang Shopee bermula 3 hingga 5 Mac ini.

Pengguna turut berpeluang mendapatkan hadiah tambahan istimewa berupa set hadiah edisi terhad berserta baucar platform dengan potongan tambahan bernilai RM 39.90 bagi setiap pembelian.

Antara hadiah tambahan yang ditawarkan sempena promosi 'Beli Satu Tujuh Percuma' Ulike ini termasuklah Ulike Ultrasonic Waterproof Electric Toothbrush, Gel Aloe Vera Ulike, bantal urut, cermin mata, pisau cukur, losyen badan serta tisu muka eksklusif Ulike.

Jadi antara yang bertuah memiliki kesemua barangan eksklusif Ulike hari ini.

Ikuti media sosial rasmi Ulike Malaysia di Instagram dan Facebook untuk maklumat terkini, berita dan maklumat lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2024 @ 9:57 AM