TERTUDUH di Mahkamah Majistret Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani
TERTUDUH di Mahkamah Majistret Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Batu Pahat: "Boleh tak kurangkan denda? Isteri saya tunggu di bawah," kata pekerja kedai tayar apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki tujuh barang curi, Selasa lalu.

Ang Sun Boon, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Bagaimanapun, tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua bulan selepas gagal menjelaskan denda.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa memiliki barang curi iaitu telefon bimbit, dan peralatan elektrik di sebuah rumah Taman Makmur, 13 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Kamarul Arifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 1:01 PM