Bermula dari 8 hingga 10 Disember 2023, acara kemuncak bagi kempen ini akan diadakan selama tiga hari di Parkson, Pavilion Bukit Jalil. - FOTO BonusLink
Bermula dari 8 hingga 10 Disember 2023, acara kemuncak bagi kempen ini akan diadakan selama tiga hari di Parkson, Pavilion Bukit Jalil. - FOTO BonusLink
Nur Amirah Abd Rani

BERITA baik buat pengguna setia program ganjaran terkemuka Malaysia, BonusLink kembali menganjurkan kempen Bonus Galaxy dengan hadiah dan ganjaran sehingga 22,500,000 mata setiap bulan. 

Kempen ini diadakan khusus untuk ahli BonusLink bagi mengembalikan sentimen dan nilai mata ganjaran BonusLink yang dikumpul melalui kad atau aplikasi BLINK.

Bermula dari 8 hingga 10 Disember 2023, acara kemuncak bagi kempen ini akan diadakan selama tiga hari di Parkson, Pavilion Bukit Jalil dan ahli BonusLink akan mendapat akses eksklusif untuk hadir ke acara kemuncak. 

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di booth permainan dan anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif, baucar Shell serta 300, 500 atau 1,000 mata ganjaran tambahan.

Antara rakan kongsi yang menyertai adalah Shell, Baskin-Robbins, ZUS Coffee, Focus Point dan Direct D.

Selain itu, ahli juga berpeluang menikmati baucar diskaun istimewa aiskrim perisa cawan campuran Baskin-Robbins, promosi beli dua percuma satu Spanish Latte di ZUS Coffee, dan baucar dari DBC Healthcare dengan RM1 sahaja! 

Baucar DBC Healthcare boleh digunakan untuk pemeriksaan postural dan tulang belakang dan ahli akan mendapat konsultasi oleh ahli fisioterapi DBC berdasarkan laporan hasil pemeriksaan.

Jualan Kilat BLINK juga akan diadakan setiap hari dimana 100 baucar dengan diskaun sehingga 80 peratus atau dengan harga RM1 akan tersedia.

Dua sesi Jualan Kilat akan diadakan pada jam 2 petang hingga 3 petang untuk sesi pertama dan sesi kedua berlangsung pada jam 7 hingga 8 malam. 

Antara jenama yang mengambil bahagian dalam Jualan Kilat BLINK adalah pasar raya Village Grocer, Ben's Independent Grocer, ZUS Coffee, Starbucks, Parkson dan Baskin-Robbins. 

Pengguna boleh mengumpul Mata Ganjaran BonusLink untuk mendapatkan sehingga 25 peratus rebat bermula sekarang sehingga 30 November 2023. 

Ahli boleh menggunakan aplikasi BLINK BonusLink dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 melalui Imbas & Bayar atau membeli Baucar di atas talian untuk memperoleh sehingga 25 peratus rebat mata ganjaran.

Jika ahli menggunakan Kad BonusLink, mereka boleh memperoleh sehingga 10 peratus rebat Mata Ganjaran setiap kali mereka belanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu transaksi.

Selain daripada berbelanja di stesen minyak Shell atau Parkson, ahli BonusLink juga boleh menggunakan kad BonusLink atau aplikasi BLINK mereka di Tealive, KK Super Mart, CHAGEE, Presto, DBC Healthcare dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk hadir memeriahkan acara kemuncak ini di Parkson, Pavilion Bukit Jalil bermula dari 8 hingga 10 Disember 2023 ini!

Maklumat lanjut mengenai kempen ini layari Bonus Galaxy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 12:19 PM