Hasil kajian mendedahkan bahawa 88 peratus daripada perokok berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape.
Hasil kajian mendedahkan bahawa 88 peratus daripada perokok berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape.

Kajian Pandangan Dan Perspektif Rakyat Malaysia Tentang Vape telah dilakukan untuk meninjau pandangan penduduk tempatan tentang kesan vape terhadap ekonomi dan juga penggunaan vape sebagai cara membantu perokok berhenti merokok. 

Dengan matlamat memahami persepsi rakyat Malaysia terhadap penggunaan vape, kajian yang dikelolakan oleh Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) ini melibatkan sampel seramai 1,025 orang dewasa Malaysia.

Image

Hasil kajian tersebut mendedahkan bahawa 88 peratus daripada perokok berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape. 

Tinjauan yang sama juga mendapati 79 peratus, yang kini menggunakan vape dan pada masa yang sama menghisap rokok biasa, sudah kurang merokok sejak menggunakan vape dan 66 peratus daripada perokok sedia ada akan mula menggunakan vape atau meneruskan penggunaan vape dengan matlamat untuk berhenti merokok secara sepenuhnya.

Presiden MVIA Rizani Zakaria berkata keputusan kajian tersebut adalah sejajar dengan banyak kajian antarabangsa oleh pakar-pakar kesihatan awam terkemuka. 

"Penemuan terbaharu daripada Public Health England (PHE), sebuah agensi kesihatan United Kingdom merupakan bukti jelas yang menunjukkan keberkesanan produk vape dalam kejayaan berhenti merokok. PHE menyatakan bahawa penggunaan vape adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding menghisap rokok.

 

"Di United Kingdom, mereka menganjurkan kempen Stoptober tahunan pada bulan Oktober untuk mendorong perokok untuk bertukar kepada vape. Baru-baru ini, Kerajaan New Zealand juga melancarkan kempen QuitStrong untuk mencapai matlamat yang sama."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 2:27 PM