GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Erika George


Baram: Wanita warga emas dikhuatiri hanyut selepas bot dinaiki beliau bersama lima lagi penumpang karam di Sungai Long Kawa Hulu Tutoh, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 8.30 malam daripada cikgu dari Kampung Ba Selulong yang melaporkan kejadian berlaku pada 5.30 petang ketika perjalanan balik dari Long Bedian ke Kampung Ba Selulong.

"Difahamkan bahawa lima penumpang terselamat manakala seorang lagi mangsa yang merupakan warga emas wanita yang belum lagi diketahui identiti masih hilang," katanya.

Katanya, pasukan bomba akan bergerak ke lokasi kejadian dan memulakan usaha pencarian pada awal pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 8:34 AM