TIGA kereta mengalami kerosakan akibat dihempap dua pokok tumbang. FOTO Ihsan JBPM
TIGA kereta mengalami kerosakan akibat dihempap dua pokok tumbang. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Serdang: Tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap dua pokok tumbang susulan cuaca hujan di Jalan 9E, Equine Park, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan 5.20 petang.

"Jentera bersama pasukan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi jam 5.30 petang.

"Kejadian membabitkan dua pokok anggaran ketinggian 15 meter menghempap tiga kereta yang diletakkan di kawasan parkir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong pokok tumbang terbabit dan dialihkan ke tempat selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2023 @ 9:49 PM