GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ali Iqbal


Kota Tinggi: Polis mengesan pemilik 14 kenderaan susulan tindakan mereka memotong barisan di sepanjang Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran sebuah restoran, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata tindakan itu diambil selepas perbuatannya tular di Facebook.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334, UiTM 6686, JQK 153, JPE 6058, RS 8079, JPJ 899, VJC 3572, JQN 5554, JTF 7772, JUW 7269 dan VCQ 6740.

"Polis mendapati kesalahan ini menjejaskan aliran trafik dan secara tidak langsung boleh mencetuskan kemalangan jalan raya.

"Pemandu kenderaan ini digesa tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan berasingan, Hussin berkata, dua pemandu kereta dikenakan tindakan selepas bertindak memotong garisan berkembar.

Katanya, polis mengesan penyebaran video dirakam orang awam dan dimuat naik ke Facebook yang memaparkan dua kejadian secara berasingan.

"Kejadian ini itu membabitkan pemandu Toyota Alphard di Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran loji rawatan air Semanggar dan seorang lagi, pemandu Kia Carnival di Jalan Johor Bahru-Mersing iaitu berhampiran Felcra Sungai Ara.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Kota Tinggi berjaya mengesan dan tindakan ke atas kedua-dua pemandu sudah diambil.

"Polis mengingatkan masyarakat supaya lebih peka dengan kesan pemanduan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain dan menyarankan mengubah cara pemanduan bagi kebaikan bersama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 4:03 PM