TANGKAP layar video tular.
TANGKAP layar video tular.
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Polis sedang mengesan pemandu Toyota Wish yang gagal memberhentikan kenderaan selepas diarah di Felda Simpang Waha, di sini, kira-kira 1 tengah hari, kelmarin.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata, ketika rondaan pasukan Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Daerah Kota Tinggi di Jalan Lok Heng-Mawai, pihak polis terlihat Toyota Wish putih dalam keadaan mencurigakan.

"Polis mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan beberapa kali, namun pemandu enggan mematuhi dan terus memecut hingga ke Simpang Waha sebelum hilang selepas masuk ke kebun kelapa sawit felda itu.

"Hasil siasatan awal mengesyaki pemandu itu ialah lelaki warga tempatan berusia 27 tahun iaitu adik lelaki kepada pemilik kenderaan.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Pemilik kenderaan berdaftar juga dibawa ke IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hussin, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan IPD di talian 07-8837222 bagi membantu siasatan kes.

Kes disiasat dibawah Sekyen 186 kanun keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 7:34 PM