Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir berbuka puasa dengan lebih 1,000 pengamal media dan penggiat seni di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Anwar yang hadir di Dewan Merdeka kira-kira jam 6.30 petang disambut pengurusan tertinggi beberapa agensi media.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam majlis itu, Anwar turut menyantuni seramai 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang serta menyampaikan sumbangan duit raya.

ANWAR bersama Pengerusi Kumpulan Mediaprima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid hadir pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni. Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman. FOTO Asyraf Hamzah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 9:43 PM