Hanis Aliaa Hidzir

SESI persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac ini bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan B.

Ibu bapa dan pelajar pasti sudah mula membuat persiapan keperluan persekolahan sekali gus menambahkan lagi semangat pelajar untuk memulakan pengajian mereka.

Selain pakaian, alat tulis dan buku, peranti mudah alih kini turut menjadi antara keperluan persekolahan.

Justeru, HUAWEI tampil dengan promosi Kembali Ke Sekolah HUAWEI yang menawarkan komputer riba dan tablet terbaik sesuai buat pelajar, guru serta ibu bapa pada harga berpatutan.

Menerusi promosi ini, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga RM1,000 serta hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300.

Prestasi hebat dengan nilai terbaik

Bagi mereka yang sukakan tablet, HUAWEI MatePad 10.4 bakal memberikan pengalaman lebih baik untuk kelas atau mesyuarat dalam talian dengan adanya paparan 2K FullView dan sistem bunyi yang mengasyikkan.

Peranti ini juga berupaya memberikan persembahan terbaik walaupun dengan beban yang intensif.

Bagi HUAWEI MatePad 11 pula, pengguna dapat menikmati pengalaman visual lebih lancar ketika menyemak imbas atau menonton video dengan kadar penyegaran 120Hz pada peranti ini.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua yang membolehkan pengguna mencatat nota, membalas mesej dan melukis gambar rajah dengan mudah dan tepat.

Di samping tablet, promosi Kembali Ke Sekolah HUAWEI turut menampilkan komputer riba HUAWEI MateBook D15 sesuai buat individu yang tidak mahu berkompromi dengan saiz skrin atau prestasi.

Dengan skrin berukuran 15.6 inci dan berat 1.56 kilogram, pengguna boleh belajar atau bekerja secara selesa serta membawa peranti ini ke mana-mana dengan mudah.

Selain itu, MateBook D15 turut dilengkapi pemproses Intel Core Generasi ke-11 dan RAM yang mencukupi untuk pengguna melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa serta bertukar antara aplikasi berbeza dengan pantas tanpa sebarang gangguan.

Aplikasi Google kini tersedia

Tablet HUAWEI kini menyediakan aplikasi Google bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam talian termasuk Google Classroom dan Google Meet.

Bukan itu sahaja, aplikasi Google turut tersedia pada telefon pintar HUAWEI termasuk siri Mate50.

Ikuti langkah mudah di bawah dan nikmati pelbagai aplikasi dari Google seperti Youtube, Google Maps, Google Drive, Google Docs, Google Sheet dan Google Slides pada peranti HUAWEI.

  1. Menerusi HUAWEI AppGallery, muat turun aplikasi 'Lighthouse'.
  2. Kembali ke AppGallery dan muat turun aplikasi Google yang dikehendaki.
  3. Buka aplikasi Google dan log masuk ke akaun Google pengguna.
  4. Pengguna kini boleh log masuk ke berbilang akaun.

Rasai pengalaman pembelajaran lebih baik menerusi promosi Kembali Ke Sekolah HUAWEI sekarang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi HUAWEI Experience Store berdekatan atau layari laman sesawang rasmi HUAWEI

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 12:48 PM