SUSPEK direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan PATI ke Semenanjung Malaysia melalui Lapangan Terbang Tawau. FOTO ihsan SPRM
SUSPEK direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan PATI ke Semenanjung Malaysia melalui Lapangan Terbang Tawau. FOTO ihsan SPRM
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Seorang lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan pendatang haram Filipina ke Semenanjung Malaysia melalui Lapangan Terbang Tawau (LTT).

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Suhailla Selag, bermula 29 Mac sehingga 3 April ini selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Muhammad Iqmal Wan Ishak, di sini, hari ini.

Pegawai Imigresen yang bertugas di LTT ditahan SPRM, 1.30 tengah hari semalam.

Suspek lelaki berusia 30 tahun itu adalah pegawai JIM keenam ditahan pihak SPRM sejak operasi bermula Khamis lalu.

Penahan terbaru itu juga dipercayai ada kaitan dengan tangkapan sindiket yang menyeludup kumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan menaiki pesawat komersil dari LTT ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2018.

Jumaat lalu, sembilan individu termasuk lima pegawai (JIM) direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan Pati yang didalangi sindiket yang sama.

Berita berkaitan:

'Muka tak sama dengan IC pun boleh lepas'

Seludup Pati Filipina, sembilan direman

Ada petualang di airport Tawau [METROTV]

JIM serah pada SPRM siasat pegawai

Kaya RM1.2 juta seludup Pati

Guna kad pengenalan orang lain, 6 warga Filipina dipenjara

Komplot sindiket PATI, seorang lagi pegawai Imigresen diberkas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2023 @ 4:14 PM