KANDANG rosak akibat hujan lebat yang menyebabkan dua buaya terlepas.
KANDANG rosak akibat hujan lebat yang menyebabkan dua buaya terlepas.
Melvin Joni


Kuching: Dua buaya di Pusat Hidupan Liar Matang terlepas daripada kandang selepas ia rosak akibat hujan lebat, semalam.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, reptilia itu masing-masing sepanjang antara tiga ke 4.87 meter, dan orang ramai di kawasan sekitar diingatkan supaya sentiasa berwaspada.

"Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama penduduk di Kampung Rayu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan ketika ini kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh sedang dilaksana SFC dan meminta semua pihak tidak panik.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan termasuk mengetahui ada pihak menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar dilindungi supaya menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 11:31 AM