ANGGOTA bomba menjalankan operasi SAR di Sungai Klagan. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi SAR di Sungai Klagan. FOTO ihsan bomba
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Bot dinaiki dua lelaki yang dalam perjalanan ke Hospital Beluran untuk mendapatkan rawatan dilaporkan karam di Sungai Klagan berdekatan Kampung Tagas-Tagas, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Darus dan Chong Yong Fit dilaporkan hilang di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal berkata, berdasarkan laporan, mangsa dikatakan menuju ke Pekan Beluran untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki bot.

Menurutnya, ada individu menemui tong minyak dan beg mangsa terapung di sungai di Kampung Tagas-Tagas.

"Pihak bomba kemudiannya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi lalu menghantar sepasukan empat anggota yang kebetulan menjalankan pemantauan banjir ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Usaha mengesan mangsa giat dijalankan sehingga kini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 4:38 PM