Salah seorang penghuni di rumah kebajikan. - FOTO Berita Harian
Salah seorang penghuni di rumah kebajikan. - FOTO Berita Harian
Nurmastura Zulkafli

KETIBAAN musim perayaan adalah waktu yang dinanti untuk berkumpul bersama keluarga, meraikan kebahagiaan dan berkongsi hidangan.

Namun, peningkatan kembali kes pandemik COVID-19 melenyapkan impian untuk berkumpul menyambut perayaan bersama yang tersayang.

Tidak terkecuali bagi mereka yang tinggal di rumah-rumah kebajikan, pandemik telah memberikan kesan emosi kepada penghuninya apabila tiada lagi lawatan dibenarkan bagi mengelakkan penularan kepada golongan berisiko tinggi.

Terkesan dengan keadaan yang terpaksa dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik ini, MAGGI® melancarkan kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai". Dimana, hasil kutipan daripada kempen ini akan disalurkan kepada 11 pusat jagaan warga emas di Malaysia.

Kempen ini dianjurkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang melambangkan permulaan baru dan pada masa yang sama untuk memupuk sifat kebersamaan. 

En Yuan Old Folks Home dan Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai adalah antara 11 rumah yang dipilih bagi menerima sumbangan dari kempen ini. 

Dana tersebut akan digunakan untuk membantu meningkatkan kemudahan tempat tinggal dan kesejahteraan warga emas selain memberikan semangat kepada penghuni melakukan persiapan menyambut musim perayaan yang bakal menjelang.

Keluarga bukan sekadar berkongsi darah yang sama - Chin Mooi Mooi 

Chin Mooi Moi menghidap penyakit kyphosis. - FOTO MAGGI®

Bagi salah seorang penghuni rumah En Yuan Old Folks Home, Chin Mooi Mooi, Tahun Baru Cina mengingatkannya kepada kegembiraan dan kehangatan berkumpul bersama ahli keluarga.

Menurut Chin, perayaan Tahun Baru Cina sering dinantikan kerana meriah dengan kehadiran pengunjung yang membawa makanan dan meluangkan masa bersama dengan penghuni.

"Saya tidak dapat merasai kegembiraan itu pada perayaan tahun ini, tetapi sekurang-kurangnya kami masih boleh berkumpul untuk menyambut permulaan baru bersama penghuni.

"Saya sedar perkara tidak akan pernah sama, saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh mereka yang baik dan menjaga saya dengan seikhlas hati. Disinilah saya merasakan keluarga tidak semestinya memiliki darah yang sama, kerana merekalah keluarga saya," kata Chin.

Chin yang berusia 77 tahun mula menghuni rumah kebajikan itu sejak tiga tahun yang lalu setelah dijaga oleh anaknya yang kelainan upaya.

Keadaan kyphosis yang dihadapinya menyebabkan ototnya semakin lemah dan dia sukar untuk bergerak.

Bagi Setiausaha Rumah En Yuan Old Folks Home, Stanley Yap, isu yang dihadapi penghuni rumah kebajikan itu sepanjang pandemik ini ialah mereka merasa semakin terpencil dan kesepian.

"Jika tahun-tahun sebelum ini perayaan Tahun Baru Cina dinanti dengan penuh kegembiraan dan harapan untuk diraikan bersama keluarga, rakan dan pengunjung. Namun tahun ini tidak lagi.

Dengan dana yang diberikan, kami dapat menganjurkan perayaan kecil dalam kalangan penghuni dan memberikan ang pow untuk menaikkan semangat mereka serta memastikan kemudahan pusat penjagaan terjaga", kata Stanley Yap.

"Sebilangan besar penghuni rumah menghidapi pelbagai komplikasi seperti diabetes, strok, barah yang menyebabkan mereka terlantar di tempat tidur. Dana yang akan kami terima dari MAGGI® akan digunakan untuk membeli kemudahan dan keperluan perubatan mereka," tambahnya lagi.

Disinilah kami berkongsi kegembiraan dan kesedihan- Pak Ali

Pak Ali bersama rakan penghuni Rumah Orang-Orang Tua Seri Permai . - FOTO MAGGI®

Kisah yang sama turut dirasai di Rumah Orang-Orang Tua Seri Permai, apabila pusat jagaan yang satu ketika dulu meriah dengan aktiviti dan program kini bertukar sepi.

Terletak di Kuantan, Pahang, kediaman ini memberi pelindungan dan rawatan kepada 27 warga emas.

Salah seorang penghuninya Pak Ali, berusia 73 tahun sentiasa menjadi penghibur dalam kalangan penghuni dan pengunjung kerana tingkah lakunya yang mesra dan mudah tersenyum.

Lebih unik dia sentiasa bersedia dengan peralatan seperti playar dan pemutar skru sehingga mendapat jolokan sebagai 'MacGyver'.

Dengan kepakaran yang dimiliki dia akan membaiki sebarang perkakas yang rosak di pusat jagaan itu.

"Kami berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama. Apabila rakan dalam kesakitan, kita juga merasakannya. 

"Sebilangan besar penduduk di sini sakit atau kurang upaya. Mereka memerlukan perhatian, sokongan dan rawatan perubatan khusus. 

"Bagi seseorang yang dikurniakan keadaan fizikal yang baik, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu meringankan beban yang mereka hadapi," kata Pak Ali.

Selain En Yuan Old Folks Home dan Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, antara rumah jagaan yang turut menerima sumbangan dana kebajikan MAGGI® ialah Perkampungan Rumah Sejahtera Warga Emas Islam, Persatuan Rumah Caring Kajang, dan Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah.

Bersama hadapi dugaan dan berkongsi kebahagiaan

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, dalam terpaksa menghadapi sekatan akibat peningkatan kes COVID-19, mereka mendapati warga emas di pusat jagaan warga tua turut terkesan apabila kunjungan pelawat dihadkan.

"Kami berharap melalui kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai" MAGGI®, kami dapat mendekati dan memberikan sedikit kegembiraan buat warga emas ini."

"Oleh itu, kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu menjadikan perayaan Tahun Baru Cina buat warga emas ini lebih istimewa dan menaikkan semangat mereka mengharungi waktu yang mencabar ini," katanya.

Bersempena dengan kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai", MAGGI® turut memperkenalkan tujuh resipi "ONG" yang lazat untuk dicuba seperti Sajian Periuk Kemewahan, Sup Hirisan Perut Ikan Istimewa, Sajian Mi Kekayaan, Sajian Sayur Harmoni, Tumisan Udang Ceria, Nasi Ayam Tembikar Tradisi dan Ikan Kerapu Kukus. Kesemua resepi ini boleh didapati menerusi laman sesawang MAGGI®.

Melalui kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai" anda turut berpeluang merebut hadiah berjumlah lebih RM350 ribu melalui pembelian produk MAGGI®. 

Setiap RM0.10 pula akan disumbangkan ke dana Rumah Kabajikan MAGGI® bagi setiap penyertaan peraduan yang dihantar. Rakyat Malaysia boleh menghantar penyertaan peraduan mereka melalui WhatsApp ke 018-2283911 atau melalui pos ke alamat yang dinyatakan di dalam borang peraduan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai" dan resipi serba baru, kunjungi laman web rasmi MAGGI® di SINI atau terus ke Facebook MAGGI® untuk maklumat terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 1:01 PM