(Dari kiri) selebriti terkenal, Siti Saleha bersama Pengerusi Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim dan Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming - FOTO LBS
(Dari kiri) selebriti terkenal, Siti Saleha bersama Pengerusi Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim dan Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming - FOTO LBS
Muhammad Asyraf Khalib

MEMILIKI rumah atau kediaman sendiri adalah antara pencapaian yang cukup membanggakan bagi setiap orang. Bagaimanapun, terdapat banyak persediaan perlu dibuat sebelum mereka boleh mendiami kediaman dengan selesa.

Ia termasuk proses mengubah suai rumah yang sedikit sebanyak mungkin meresahkan segelintir pemilik kerana lazimnya membabitkan perbelanjaan tinggi serta memakan masa lama.

Memahami keperluan itu, pemaju perumahan terkemuka LBS Group Berhad (LBS) menjalin kerjasama dengan Goodnite menerusi program kesetiaan pelanggan yang menawarkan pakej pengubahsuaian rumah secara eksklusif bernilai sehingga RM150,000.

Menariknya, semua pemilik rumah LBS layak menyertai kempen ini dan pemenang bertuah berpeluang mengubah suai rumah mereka dengan pilihan reka bentuk ruang tamu sehingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai RM25,000.

Perkenal kualiti produk

Mengulas lanjut mengenai kolaborasi program kesetiaan pelanggan dengan Goodnite, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina, Tan Sri Lim Hock San berkata LBS sebelum ini ada memperkenalkan pelbagai pakej kelengkapan rumah yang mudah dan mesra dompet.

"Kali ini, kita berpeluang melihat pemilik rumah LBS yang bertuah mengubah suai rumah mereka, bahkan memilih ruang atau bahagian rumah yang difikirkan sesuai untuk mendapat sentuhan ubah suai serta penataan perabot Goodnite yang bersesuaian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming ketika berucap pada majlis pelancaran program 'Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite' berkata kempen ini adalah platform terbaik untuk Goodnite memperkenalkan kualiti produk kepada masyarakat.

Goodnite International Sdn Bhd atau Goodnite Group adalah syarikat pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk kelengkapan bilik tidur dan perabot dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan perabot seperti sofa, set meja makan dan aksesori berkaitan.

Jangan lepaskan peluang!

Bagi pemilik rumah LBS, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara pemenang bertuah kempen 'Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite' dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Isi borang penyertaan secara dalam talian.
  2. Ambil gambar ruangan atau bilik yang ingin diubah suai.
  3. Lengkapkan slogan "Saya nak menang #LBSGoodnite Home Makeover kerana..."
  4. Hantar penyertaan anda menerusi pautan ini.
  5. Lengkapkan penyertaan dengan 'Like' laman Facebook dan ikuti Instagram rasmi LBS Bina Group.

Tempoh peraduan berlangsung bermula 3 Januari sehingga 30 April 2023. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.homemakeover.lbs.com.my atau ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi LBS Bina Group sekarang.

*Tertakluk Terma dan Syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2023 @ 11:52 AM