Kekecohan kuasa tiga tercetus apabila setiap daripada mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu mereka di bandar. - FOTO Hiasan
Kekecohan kuasa tiga tercetus apabila setiap daripada mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu mereka di bandar. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

RANCANGAN drama kegemaran keluarga Malaysia paling dinanti-nantikan, Kampung People kembali menemui penonton bermula 18 November ini. 

Drama fenomena arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini masih mengekalkan barisan pelakon utama dengan lebih drama, kecoh dan jalan cerita yang lebih segar!

Menariknya, jalan cerita drama kali ini membawa kelainan apabila keluarga Razif (Rashidi Ishak) menerima ancaman dari Cengkih Manis dan menyebabkan mereka sekali lagi berada di bawah program perlindungan saksi di bawah PACERAT. 

Berbezanya, kali ini mereka dan penduduk kampung turut dibawa ke bandar dan menetap di kawasan perumahan kos rendah. 

Kekecohan kuasa tiga tercetus apabila setiap daripada mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu mereka yang disangka lebih moden tetapi sebenarnya, lebih mencabar daripada kehidupan di kampung.  

Saksikan nasib mereka dalam musim baharu ini! 

Selain itu, drama ini juga akan membawakan barisan kemunculan watak baharu iaitu keluarga Razif yang terdiri daripada Razif sendiri, Mona (Elly Mazlein), Laila (Riena Diana) dan Imran (Kamarul Eqifshah) akan kembali menemui anda. 

Siri ini juga akan dimeriahkan dengan kemunculan watak baharu iaitu Tuan Suhaimi (Fadlan Hazim), Ejen 111 (Haidar Hasanudin). 

Lebih menarik, drama komedi santai kekeluargaan musim ketiga ini akan diserikan dengan penampilan 'cameo' oleh Aniq Suhair. 

Jadi jangan lupa untuk tonton kalau nak tahu watak apa yang akan dibawakan oleh jejaka tampan ini. 

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk berhibur dengan adegan-adegan menarik di musim ketiga yang pasti akan membuat anda tak kering gusi. 

Ikuti drama Kampung People musim terbaharu ini menerusi slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3. 

Anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 5:06 PM