Gesa adrenaline anda dengan menonton filem The Closed Ward karya Park Gyu-Taek di tonton CINEMA - FOTO Hiasan
Gesa adrenaline anda dengan menonton filem The Closed Ward karya Park Gyu-Taek di tonton CINEMA - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

APAKAH perasaan anda apabila terjaga daripada tidur dan berada di sebuah wad lama? 

Anda juga diikat di tempat tidur dan setiap kali jam pemasa tepat pada 00:00 minit, sebuah kotak kecil akan jatuh dan anda akan dibawa ke katil autopsi. 

Begitulah perasaan tujuh individu dalam filem The Closed Ward apabila mereka dikurung di sebuah bilik autopsi dan mula memberi ancaman dan mengugut sesama sendiri. 

Filem diadaptasi daripada filem seram Amerika bertajuk Saw, idea bilik rahsia dengan genre seram dan suspen ini berkait rapat dengan balas dendam bagi setiap perbuatan lampau setiap individu. 

Akhirnya, sebuah peristiwa berjaya merungkai segala persoalan mereka apabila mereka berada di dalam sebuah 'survival game' untuk terus hidup.

Image

Filem ini dibarisi pelakon hebat seperti Park Ha-na, Kim Young-min, Kim Seo-ra, Shim Eun-woo ini bakal menambahkan lagi debaran dan elemen suspen dalam genre filem ini. 

Pengarah filem Park Gyu-Taek mula memperhalusi karya The Closed Ward dengan penggunaan latar tempat di hospital di lihat lebih sesuai dengan genre seram selepas berjaya membuat debut pada tahun 2014 dengan sebuah filem thriller seram bertajuk The Tunnel. 

Filem ini boleh mula ditonton pada 29 Julai 2021 pada harga serendah RM4.90 menerusi laman sesawang tonton CINEMA dan aplikasi tonton boleh dimuat turun di App Store dan Play Store

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 7:38 PM