MOHD Shahrul Ruzaimy Maznan, (dua kiri) dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meliwat tiga rakan sebiliknya. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
MOHD Shahrul Ruzaimy Maznan, (dua kiri) dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meliwat tiga rakan sebiliknya. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat tiga rakan selnya.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Shahrul Ruzaimy Maznan, 29, mengaku salah terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK).

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia 24 tahun di dalam sel Penjara Marang, Marang jam 1.30 pagi pada 5 Julai lalu.

Tertuduh turut mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi sama jam 3.30 pagi pada 8 Julai lalu.

Tertuduh turut melakukan kesalahan sama terhadap dua lagi mangsa berusia yang berusia 28 dan 24 tahun di lokasi sama pada 29 Jun dan 4 Julai lalu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 dan dua sebatan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara enam dan tujuh tahun serta satu sebatan bagi dua lagi pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan iaitu bermula hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan.

Ketika ini, tertuduh sedang menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 304 KK.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2022 @ 6:24 PM