ANTARA bot asing berkenaan. FOTO Ihsan TLDM
ANTARA bot asing berkenaan. FOTO Ihsan TLDM
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Cubaan 13 bot nelayan asing memasuki perairan negara gagal apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir keluar bot itu berhampiran Pulau Perak, Kedah, semalam.

TLDM dalam satu kenyataan tengah malam tadi berkata, cubaan itu berjaya dikekang Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim pada 5.50 petang.

Menurutnya, sebelum itu Pusat Operasi Armada (POA) Barat menerima maklumat berhubung pengesanan 13 bot nelayan asing berkenaan di kedudukan 65 batu nautika tenggara pulau itu.

"Bertindak menerusi maklumat disalurkan, KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan keberadaan 13 bot nelayan asing itu di kedudukan berkenaan.

"KD Laksamana Hang Nadim kemudiannya melaksanakan tindakan pengusiran semua bot asing itu sehingga ia keluar meninggalkan perairan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2022 @ 8:37 AM