GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pengerusi Pertubuhan Integrasi Nasional (PIN) dan bekas Setiausaha PIN mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bernilai RM133,120.

Tertuduh, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, 40, dan V Kunasekaran, 57, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Tertuduh, Sheikh Weshal mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 16 Pertuduhan Pilihan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin tempatan dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah

Tertuduh kedua juga mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 16 Pertuduhan Pilihan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin tempatan dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menipu dengan memperdayakan MITRA melalui baucer pembayaran PIN di dalam Laporan Berkala Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia bagi peruntukan penceramah yang berjumlah keseluruhan RM133,120.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kalaivani.

Mahkamah menetapkan 6 September sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2022 @ 10:58 PM