Jadilah pengguna bijak bagi memastikan anda menikmati lebih penjimatan dalam setiap perbelanjaan - FOTO Hiasan
Jadilah pengguna bijak bagi memastikan anda menikmati lebih penjimatan dalam setiap perbelanjaan - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

MUTAKHIR ini, ramai pengguna kerap mengeluh mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Selain harga barang melambung tinggi, isu sukar mendapatkan bekalan barang keperluan harian di sesetengah kawasan juga turut meresahkan.

Namun, dengan hanya duduk mengeluh dan berharap harga barang turun mendadak dalam masa terdekat adalah suatu perkara yang mustahil.

Sebagai pengguna bijak, anda disaran mengambil kira beberapa aspek penting bagi memastikan anda menikmati lebih penjimatan dalam setiap perbelanjaan.

1. Rancang perbelanjaan

Merancang perbelanjaan dengan teliti mungkin terdengar sukar. Namun, jika ia dilakukan dengan teratur dan berdisiplin, impaknya pasti luar biasa.

Antara langkah terbaik adalah dengan mula menyenaraikan semua komitmen dan rekod perbelanjaan harian anda pada setiap bulan. 

Ini bagi memudahkan anda mengenal pasti setiap kos yang tidak perlu dalam bulan tertentu dan mula berbelanja mengikut kemampuan pada bulan seterusnya.

2. Utamakan keperluan penting

Selain menyemak rekod perbelanjaan bulanan, orang ramai juga perlu memberi keutamaan terhadap semua keperluan penting ketika berbelanja.

Sikap segelintir individu yang suka menghabiskan wang untuk barang tidak perlu terutama ketika musim masuk gaji selalunya berakhir dengan penderitaan. 

Ingat, jika anda terpaksa mengikat perut setiap bulan akibat cuai dalam menguruskan kewangan sama sekali tidak boleh dibanggakan malah ia perlu diperbetulkan segera. 

3. Kualiti bukan jenama

Bagi golongan yang gemar membeli-belah pula, mencari produk berjenama mewah atau berkelas tinggi mungkin jadi kebiasaan. 

Namun, bergaya dengan barang berjenama mewah sahaja tidak berbaloi jika anda boleh membeli barang sama dengan kualiti lebih baik pada harga jauh lebih rendah. 

Pendek kata, pengguna bijak tidak menjadikan jenama sebagai keutamaan sebaliknya memberi tumpuan kepada kualiti sesuatu produk yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

4. Beli dalam talian

Selepas pandemik melanda negara, ramai pengguna dilihat mula bertukar ke platform atau aplikasi beli-belah dalam talian kerana teruja dengan pelbagai manfaat ditawarkan. 

Namun, bagi yang masih selesa berbelanja dengan kaedah konvensional, tidak salah jika sesekali anda mencuba kaedah baharu ini. 

Selain mudah kerana tidak perlu beratur panjang atau bersesak di jalan raya, pengguna juga berpeluang menikmati harga lebih rendah serta pelbagai promosi dan baucar menarik.

5. Lebih jimat dengan pandapro!

Bagi anda yang inginkan lebih penjimatan setiap hari, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi foodpanda dan langgan pakej pandapro.

Dengan pandapro, anda boleh berbelanja bagai juara dengan pelbagai tawaran menarik seperti:

1. Servis penghantaran percuma sebanyak 12 kali (minimun pembelian RM25)
2. Diskaun 20 peratus di lebih 20,000 restoran terpilih.
3. Baucar diskaun 20 peratus untuk pandamart.
4. Diskaun sehingga 25 peratus jika makan di restoran (dine-in) (tawaran ini untuk pelanggan pandapro sahaja).

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan pandapro sekarang kerana anda boleh nikmati dua bulan langganan pandapro secara percuma dan berpeluang menebus baucar bernilai RM50 untuk 4 juta pengguna bertuah.

Anda hanya perlu mendaftar mana-mana pelan pandapro, kemudian semak aplikasi foodpanda untuk mengetahui tawaran terhebat. Berikut adalah pakej langganan pandapro yang anda boleh pilih.

  • Satu (1) bulan @ RM8.90, jimat sehingga 70 peratus.
  • Enam (6) bulan @ RM6.90/bulan, jimat sehingga 77 peratus.
  • 12 bulan @ RM4.90/bulan, jimat sehingga 84 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran terbaik di pandapro, layari pautan ini. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 11:36 AM