GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Georgetown: Lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

"Ya saya sahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu," katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah, di sini apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.

Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun itu
mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 4:50 PM