Ruby Lee Poh Ai mati ditembak ketika memandu BMW putih. FOTO Mikail Ong
Ruby Lee Poh Ai mati ditembak ketika memandu BMW putih. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Wanita yang mati ditembak di Taman Pekaka 1, Gelugor, di sini, petang tadi, dikenal pasti sebagai Ruby Lee Poh Ai.

Mangsa ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan berusia 49 tahun dan tinggal di Tanjong Bungah, di sini.

Ketua Jabatan Siastan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, setakat ini siasatan mendapati kes terbabit tiada kaitan dengan geng kongsi gelap.

"Kita juga menolak andaian yang mengatakan mangsa adalah isteri kepada seorang lelaki bergelar Datuk Seri.

"Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri bahagian sisi pemandu sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita terbabit yang memandu BMW putih mati ditembak dengan kesan tiga tembakan di kepala manakala selebihnya terkena badan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 12:43 AM