25 tan daging babi Sepanyol yang dirampas. FOTO IHSAN MAQIS
25 tan daging babi Sepanyol yang dirampas. FOTO IHSAN MAQIS
Ruwaida Md Zain


Pelabuhan Klang: Sebanyak 25 tan daging babi sejuk beku dari Sepanyol oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor di Pelabuhan Klang Utara di sini, Ahad lalu.

Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Penguat kuasa MAQIS mendapati, sebuah kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

"Pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan nombor loji pemprosesan pada label barang dagangan itu seperti dinyatakan di dalam syarat permit import yang diluluskan.

"Berikutan itu, kesemua daging babi sejuk beku yang dianggarkan sebanyak 25,000 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM282,000 ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, daging babi sejuk beku yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan itu untuk pasaran dalam negara.

Katanya, kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit import MAQIS menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan

Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), Akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 12:29 PM