GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lelaki ditahan selepas didakwa menipu dengan menawarkan tapak sewa Bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil, di sini, melalui laman sosial Facebook, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan penipuan terbabit pada 30 Mac lalu dengan nilai kerugian RM11,300.

Menurutnya, mangsa dijanjikan akan memperoleh tapak dengan bayaran pendahuluan antara RM1,500 sehingga RM2,700.

"Mangsa menyedari ditipu selepas penganjur bazar terbabit mengesahkan program itu tidak diteruskan dan mereka tidak menerima wang pendahuluan dibayar oleh mangsa.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras Kuala Lumpur menangkap suspek berusia 19 tahun yang juga pemilik akaun Facebook terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata, suspek direman bermula 7 Mei hingga 10 Mei ini bagai membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai yang ditipu berkaitan sewaan tapak terbabit supaya tampil membuat laporan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Cheras, Asisten Superintendan G Janarthanan Nairdi talian 012-5734374.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 5:35 PM