FOTO Ihsan LLM
FOTO Ihsan LLM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Aliran Trafik sesak di Lebuh Raya Karak berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur selepas ada yang mengambil peluang pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitternya setakat jam 12.40 tengah hari ini memaklumkan trafik sesak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak.

Menurutnya, trafik turut sesak dari Kilometer (KM) 21.2 hingga KM28.4 (Gombak ke Genting Sempah) sepanjang 1.9 KM.

"Aliran trafik turut sesak dari KM29.2 hingga KM31.1 (Gombak) sepanjang 1.1 KM dan kesesakan dari KM36 hingga KM37.1 (Genting Sempah).

"Kesesakan yang berlaku berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur," katanya.

Sementara itu, menurut Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik turut sesak dari susur keluar persimpangan Kuala Terengganu ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu.

Twitter Plus pula memaklumkan trafik perlahan dari Skudai ke Kulai setakat jam 1.04 tengah hari ini.

Aliran Trafik turut perlahan dari Kulai ke Sedenak, Machap ke Ayer Hitam di Johor dan turut perlahan dari Seremban ke Hentian Sebelah Pedas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 1:57 PM