GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Melvin Joni


Kuching: Enam individu termasuk penunggang motosikal ditahan dalam operasi berasingan di bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ketiga-tiga penunggang berusia 16, 17 dan 20 tahun itu ditahan kerana didapati melakukan aksi Superman.

Menurutnya, penahanan mereka dibuaat dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, di sini, bermula 11 malam.

"Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Selain itu, polis turut mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan ubah suai ekzos," katanya.

Sementara itu, Ahsmon berkata, pihaknya menahan tiga lelaki kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Simpang Tiga, di sini.

Menurutnya, mereka berusia 20 hingga 37 tahun ditahan dalam Op Mabuk bermula 11 malam semalam.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 45A(1) APJ 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 7:04 PM