GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Merayau tengah malam dalam keadaan mabuk. Itu aktiviti dua lelaki yang ditahan polis ketika sedang memandu kereta dan menunggang motosikal .

Tangkapan membabitkan seorang penolong pengurus ladang berusia 26 tahun yang memandu kereta dan seorang lelaki berusia 23 tahun yang menunggal motosikal.

Kedua-dua mereka ditahan dalam operasi polis di Jalan Lukut-Sepang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua lelaki itu anggota polis selepas didapati memandu kereta dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

"Penolong pengurus ladang yang masih bujang itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam ketika memandu kereta Nissan Almeira.

"Penunggang motosikal berusia 23 tahun yang bekerja sebagai operator kilang ditahan sekitar jam 3.30 pagi tadi.

"Tindakan kedua-dua mereka boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mereka kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 4:55 PM