CHOON FOO (tiga kanan) menunjukkan rampasan daun ketum dan ubat batuk. FOTO Paya Linda Yahya
CHOON FOO (tiga kanan) menunjukkan rampasan daun ketum dan ubat batuk. FOTO Paya Linda Yahya
Paya Linda Yahya


Gua Musang: Polis menahan dua lelaki selepas mengejar suspek 55 kilometer (km) dari Panggung Lalat sehingga Paloh, di sini, 11 pagi, semalam.

Hasil penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun, polis merampas 140 kilogram (kg) daun ketum dan 100 botol ubat batuk.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian, anggota polis melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP).

"Sebuah Proton Inspira dilihat dalam keadaan mencurigakan dan sebaik ditahan untuk pemeriksaan, kenderaan suspek enggan berhenti.

"Pihak polis terpaksa mengejar kenderaan terbabit sejauh 55 km, sebelum kenderaan suspek melanggar dua kenderaan lain dan terbabas," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, bekalan daun ketum dan ubat batuk terbabit diperoleh dari Kedah untuk dipasarkan di Thailand.

"Seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kedua-dia suspek akan disiasat mengikut seksyen 30(3) AR 1952 dan Seksyen 15(1)(a) 1952, manakala bagi kejadian kemalangan akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 10:48 AM