MENDAPAN yang berlaku di hadapan Kedutaan Indonesia. FOTO ihsan polis
MENDAPAN yang berlaku di hadapan Kedutaan Indonesia. FOTO ihsan polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Dua lorong kiri dan tengah di hadapan pintu utama Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, di sini, ditutup selepas berlaku mendapan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pada jam 9 pagi yang mana berlaku mendapan sedalam satu hingga lima sentimeter.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dua lorong paling kiri dan tengah jalan ditutup dengan hanya lorong paling kanan dibuka bagi laluan kenderaan.

"Kerja siasatan dan pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pengurusan Air Selangor sedang giat dijalankan.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan

Tun HS Lee di talian 03 – 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 –20260267/69 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 2:01 PM