HUAWEI telah mengumumkan tawaran hebat  dengan diskaun sehingga 60 peratus* bermula sekarang sehingga 31 Disember. - FOTO HUAWEI
HUAWEI telah mengumumkan tawaran hebat dengan diskaun sehingga 60 peratus* bermula sekarang sehingga 31 Disember. - FOTO HUAWEI
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA unggul HUAWEI sentiasa komited membantu pengguna membina kehidupan pintar melalui teknologi yang ditawarkan ia membolehkan setiap individu memanfaatkan penggunaan peranti lebih maju dan cekap bagi memenuhi keperluan seharian. 

Sebagai peneraju teknologi global HUAWEI telah membawa kembali Karnival Perkhidmatan HUAWEI untuk dinikmati oleh peminat dan pengguna. 

Bagi menyambut penghujung akhir tahun, HUAWEI telah mengumumkan tawaran hebat termasuk peluang untuk mendapatkan penggantian alat ganti pada skrin dan penutup belakang dengan diskaun sehingga 60 peratus*. 

Selain promosi penukaran bateri RM99*, storan 50GB satu bulan dari serendah RM1 dan baucar diskaun serta hadiah percuma*.

Melalui sokongan padu daripada rakyat Malaysia, bermula sekarang hingga 31 Disember 2021, pengguna boleh mendapatkan ganjaran ini. 

Berikut adalah antara promosi eksklusif di seluruh Pusat Perkhidmatan HUAWEI terpilih yang tersedia di seluruh negara.

Image

1. Sentiasa HUAWEI, sentiasa baharu

Berita baik buat orang ramai, sepanjang Karnival Perkhidmatan HUAWEI berlangsung, pengguna boleh menikmati diskaun hebat bagi pelbagai perkhidmatan antaranya penukaran alat ganti pada skrin dan penutup belakang. 

Selain itu, pengguna yang memerlukan perkhidmatan menukar bateri peranti, ini adalah masa yang sesuai kerana perkhidmatan ini turut tersedia bagi sesiapa yang memerlukan. 

Lebih menarik, HUAWEI menawarkan pengguna penggantian bateri asal pada harga yang lebih rendah iaitu RM99* untuk peranti HUAWEI terpilih.

Image

Tawaran menarik lain buat pengguna adalah sekiranya anda memiliki isu dengan storan peranti anda, HUAWEI mempunyai penyelesaian  tawaran storan 50GB selama sebulan bermula pada harga rendah RM1*!

Kini, pengguna boleh menyimpan apa sahaja pada peranti mereka tanpa perlu risau tentang pemberitahuan "Storan Tidak Cukup" yang muncul.

Sebagai tanda terima kasih, HUAWEI turut bermurah hati untuk menyediakan Dengan perkhidmatan yang luar biasa kepada penggunanya, dengan tawaran waranti rasmi selama 90 hari kepada pengguna untuk penggantian alat ganti bersama-sama DISKAUN 20 peratus* untuk HUAWEI Care dan hadiah percuma yang menakjubkan* untuk dibawa pulang.

Image

2. Kemaskini baharu dengan HarmonyOS 2 [Versi Beta]

Buat semua pemilik HUAWEI Vision S, berita baik buat anda kerana HUAWEI membawakan kemaskini serba baharu untuk perisian HUAWEI Vision S.

Dengan Versi Beta HarmonyOS 2 baharu, ia membolehkan pengguna mengalami sambungan yang lebih lancar dan sambungan antara HUAWEI Vision S mereka dan peranti HUAWEI lain seperti telefon pintar, tablet dan banyak lagi.

Buat pengguna yang mempunyai impian memiliki pengalaman sinematik di rumah sendiri, anda boleh mencapai keinginan berikut dengan kemaskini HarmonyOS baharu dengan langkah mudah, anda hanya perlu naik taraf HUAWEI Vision S anda dengan perincian terbaharu. 

Menerusi kemaskini berikut anda akan mendapat pengalaman Pawagam serta Tayangan Rumah Teragih yang secara automatik disambungkan dengan pembesar suara HUAWEI Sound ke skrin pintar yang membantu menjana pengalaman sinematik di rumah anda sendiri. 

HUAWEI sentiasa meletakkan pengalaman pengguna sebagai matlamat utama mereka, oleh itu HUAWEI amat mementingkan peningkatan pengalaman sambungan Vision S kepada peranti HarmonyOS 2 atau EMUI 12 yang lain. 

Melalui perincian kolaborasi-pelbagai yang tersedia pada peranti yang baru dilancarkan iaitu HUAWEI nova 9 dan HUAWEI MatePad Pro. 

Bukan itu sahaja! Ia turut dilengkapi dengan HUAWEI MeeTime pada skrin pintar,  yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan telefon pada skrin dengan mudah melalui ciri Skrin Kongsi HUAWEI MeeTime. 

Kerjasama antara HUAWEI Vision S dan peranti lain yang terdapat pada HarmonyOS 2 akan memudahkan pengalaman mereka kerana pengguna boleh menukar kandungan atau membuat panggilan antara peranti dengan satu klik butang.

3. Ujian Pengguna Mesra HarmonyOS (FUT)

Bagi pengguna HUAWEI MatePad 10.4 dan MatePad 10.8, antara berita baik untuk anda adalah anda boleh hadir ke mana-mana Pusat Perkhidmatan HUAWEI terpilih dan jalankan Ujian Mesra Pengguna dengan pakar produk untuk mengalami pelbagai ujian pada peranti anda. 

Produk Model Nombor versi asas pendaftaran aktiviti Harmony OS 2 FUT
HUAWEI MatePad Pro 5G  MRX-AN19 MRX-AN19 11.0.0.211(C636E3R1P6)
HUAWEI MatePad   BAH3-L09 BAH3-L09 10.1.0.221(C636E3R1P3)

 

Antaranya adalah ujian Peranti Super, Unjuran Teragih, Skrin Kongsi Huawei Meetime dan banyak lagi.

 

Image

Muat turun aplikasi beta di Laman Web Rasmi HUAWEI dan daftar untuk ujian di sini. Pelaksanaan  aktiviti FUT HUAWEI dijalankan atas dasar siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan produk HUAWEI, alat ganti dan penggantian bateri, naik taraf perisian, sila lawati Pusat Servis HUAWEI atau Aplikasi MyHUAWEI.

Selain daripada memperbarui peranti lama anda, HUAWEI turut melancarkan produk yang baharu seperti HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu HUAWEI, sila layari HUAWEI Store Online atau melawat ke HUAWEI Experience Store yang berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 7:50 PM