Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir ketika melihat ketuhar  diterima Rubiah yang mengusahakan kuih bahulu di Kampung Kemin. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir ketika melihat ketuhar diterima Rubiah yang mengusahakan kuih bahulu di Kampung Kemin. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: "Saya tidak buat stok kuih baulu bagi menjamin rasanya, sebaliknya saya hanya membuatnya apabila menerima tempahan," kata warga emas Rubiah Mansor, dari Kampung Kemin, di sini.

Keunikan itu membuatkan baulu Rubiah, 63, bukan saja digemari penduduk di sekitar daerah ini, malah pelanggannya sanggup datang dari Shah Alam dan Klang untuk mendapatkan kuih berkenaan.

daerah ini.

Malah, sejak memulakan perniagaan itu pada 2009, Rubiah tidak menang tangan memenuhi tempahan pelanggan.

"Selain baulu, saya turut menjual roti, biskut dan kek. Namun baulu paling mendapat sambutan apatah lagi sudah menerima tempahan sempena Aidilfitri pada tahun ini.

"Sebelum ini saya menggunakan dua ketuhar dan mampu menyiapkan 60 hingga 70 bekas kuih bahulu, namun sebaik menerima ketuhar baharu, saya boleh membuat sehingga 90 bekas.

"Kebiasaan pelanggan dari Shah Alam dan Klang adalah pelanggan tetap dengan menempah sehingga 200 bekas setiap kali membuat tempahan menyebabkan saya memohon bantuan daripada YB (Yang Berhormat) Bakri dan menerima ketuhar itu dalam tempoh sebulan," katanya yang dibantu dua pekerja.

Rubiah yang sebelum ini mempunyai dua ketuhar gembira apabila menerima sebuah lagi ketuhar bernilai RM2,800 menerusi peruntukan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bakri Sawir.

Rubiah berkata, dia dibantu dua pekerja dan ketuhar berkenaan menggunakan tenaga elektrik manakala dua ketuhar sebelum ini menggunakan gas.

Sementara itu, Bakri berkata, bantuan ketuhar itu diberi menerusi peruntukan Exco dan pihaknya percaya pelbagai jenis kuih diusahakan Rubiah boleh pergi lebih jauh disebabkan sudah mempunyai pelanggan tetap.

Pada masa sama, katanya, pihaknya menyarankan dia membuat pinjaman disediakan kerajaan negeri menerusi Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus yang menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM15,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 5:31 PM