Seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di lapan PPS akibat banjir gelombang kelima.
Seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di lapan PPS akibat banjir gelombang kelima.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan seramai 383 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir gelombang kelima.

Kesemua PPS berkenaan dibuka di daeraah Kemaman dan Setiu secara berperingkat bermula 8.45 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 345 mangsa daripada 100 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 191 mangsa daripada 55 keluarga.

Enam PPS lain yang dibuka di Kemaman adalah Dewan Sivik Air Putih (50 mangsa), Balai Raya Padang Kubu (79 mangsa), Sekolah Kebangsaan (SK) Air Putih (Kuarantin Covid-19) (tujuh mangsa), Masjid Kampung Dadong (tujuh mangsa), SK Lembah Jabor (tujuh mangsa) dan Balai Raya Padang Kemunting (empat mangsa).

Sementara di Setiu, Balai Raya Kampung Hulu Seladang dibuka bagi menempatkan 38 mangsa daripada 14 keluarga.

PPS berkenaan dibuka mulai 11.30 pagi tadi selepas kawasan kediaman penduduk dinaiki air.

Ketika ini, hujan lebat masih berterusan di beberapa kawasan di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 4:16 PM