ABDUL Ghani (tengah) ketika sidang media berkaitan PRN Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
ABDUL Ghani (tengah) ketika sidang media berkaitan PRN Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Mohamed Farid Noh

farid_no

Johor Bahru: Seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata, ia membabitkan 2.57 juta pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) Luar Negara.

"Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor ke-15 adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemaskini sehingga 21 Januari 2022.

"Termasuk dalam 2.597 juta pengundi PRN Johor adalah seramai 43,149 pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka menerusi laman portal SPR di http://pengundi.spr.gov.my atau menelefon ke talian 03-88927018 atau melalui aolikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 21 Februari ini," katanya.

SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, dilaporkan berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 1:52 PM