RAKAMAN trafik di kilometer 144 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Juru. FOTO Twitter LLM
RAKAMAN trafik di kilometer 144 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Juru. FOTO Twitter LLM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Aliran trafik beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak hari ini berikutan cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi Twitter melaporkan keadaan itu disebabkan pertambahan kenderaan selain berlaku kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut Plus, kemalangan di Kilometer (km) 177.7 arah Utara dari Tangkak ke Jasin dilaporkan berlaku pada 2.05 petang tadi.

Kemalangan itu menyebbkan trafik sesak sepanjang 11 km.

Trafik turut perlahan dari Kulai ke Sedenak dan dari Pedas Linggi ke Port Dickson arah utara.

Di utara pula, trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai, dari Ipoh (S) ke Hentian Sebelah Simpang Pulai arah Selatan dan sebelum masuk Terowong Menora arah Selatan.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Alor Pongsu ke Bukit Merah.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter melaporkan trafik perlahan di Bentong Timur ke Bentong Barat dan sebelum masuk Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 3:02 PM