Foto hiasan
Foto hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Sebanyak 50 kes atau satu peratus daripada jumlah kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini membabitkan kategori 3 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,089 kes atau 99 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurutnya, sebanyak 3,767 kes sembuh pula direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 2,777,715 atau 97.1 peratus.

"KKM turut mencatatkan sebanyak 119 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 102 kes disahkan Covid-19, manakala 17 kes lagi adalah kes dalam siasatan.

"Kementerian turut merekodkan 69 kes yang memerlukan bantuan pernafasan di mana 50 kes disahkan Covid-19, manakala 19 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, KKM turut mengenal pasti lima kluster baharu di mana pertambahan kluster baharu itu menjadikan 6,399 kluster sudah dilaporkan setakat ini dengan 291 kluster masih aktif.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

"Orang ramai termasuk individu-individu yang menerima vaksin Covid-19 supaya terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 6:58 PM