SALLEHUDDIN (duduk tengah) bersama barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Lepasan Clifford Kuala Kangsar sesi 2022-2024 yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan, di Kuala Lumpur, semalam.
SALLEHUDDIN (duduk tengah) bersama barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Lepasan Clifford Kuala Kangsar sesi 2022-2024 yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan, di Kuala Lumpur, semalam.
HM Digital

Kuala Lumpur: Peguam terkenal Datuk Sallehuddin Saidin dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA Clifford) bagi sesi 2022-2024.

Beliau yang juga bekas Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Mustafa Mansur sebagai Presiden persatuan lepasan pelajar sekolah berusia 125 tahun itu.

Mesyuarat agung OCA Clifford berlangsung di sini semalam, selepas ditangguhkan berikutan banjir di Lembah Klang pada Disember lalu.

Pengurus Besar Pemasaran, Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan The New Straits Time Press Times (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman pula dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Tiga Naib Presiden ialah Abdul Rahim Mohd Meerah, Ikmal Hisham Mohd Hashim dan Syed Roslan Syed Zakaria.

Ahli Jawatan Kuasa ialah Chong Ka Foo, Iskandar Dzulkurnain Abdullah Azizi, Syed Ahmad Azimin Syed Jamaluddin, Mohd Rafie Mustafa, Saparudin Shaari, VM Thiagarajan, Zulkharnain A Rahim, Mohd Noor Affendi Mohammad Khairani, R Subramaniam, Jamil Khir Ahmad Rashidi, Japlus Mohd Ali, Salihuddin Ismail dan R Balu.

Mutalib Awang dan Al Sabri Ahmad pula dipilih sebagai juruaudit.

Sallehuddin yang pernah bertugas di Pejabat Peguam Negara berkata, antara langkah awal ialah menarik lebih ramai bekas pelajar menjadi ahli untuk menggembleng usaha mengadakan program bagi manfaat mereka dan pelajar masih bersekolah.

"Kita juga mahu memperkukuhkan ukhuwah bekas pelajar serta mengambil tahu kebajikan pelajar sedia ada termasuk memberi bantuan kewangan atau biasiswa.

"Juga membantu bekas pelajar mencari peluang pekerjaan dengan menghubungkan jalinan dengan industri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 2:34 PM