TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Foto Khairull Azry Bidin
TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Foto Khairull Azry Bidin
Asrol Awang


TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa baharu persatuan itu, hari ini. 

Pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2019-2022 itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-63 itu turut menyaksikan tiada pertandingan dalam tiga lagi jawatan utama persatuan terbabit.

Jawatan Timbalan Presiden PBNP menjadi milik Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. 

Namun, Muhammad Safian dipilih sebagai Naib Presiden Satu manakala Naib Presiden Dua pula milik Datuk Seri Zamri Ramly. 

Pada mesyuarat itu, dua daripada 10 Ahli Jawatankuasa Majlis PBNP baharu dipilih iaitu Muhammad Muaz Dahari dan Datuk Mohd Mazri Mahmud. 

Lapan penyandang adalah Raja Mustapa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Nordin, Abd Razab Wahab, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Taufik Razak, S Krishnan dan Adzland Zakaria. 

Mesyuarat Agung Tahunan PBNP dipengerusikan Muhammad Safian.

Hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf. 

Seramai 58 daripada 77 ahli gabungan yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 7:12 PM