FOTO HIASAN. FOTO NSTP
FOTO HIASAN. FOTO NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kuala Krai: Keterujaan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 bertukar sebaliknya, apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, pagi tadi.

Situasi itu menyebabkan kesemua pelajar terbabit tidak dapat ke sekolah yang akhirnya kembali semula ke rumah masing-masing.

Mengikut jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di hentian Kuala Gris jam 6.59 pagi untuk mengambil pelajar berkenaan dan tempoh perjalanan mengambil masa 20 minit untuk tiba di Dabong.

Bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku apabila kereta api dari Wakaf Bharu, Tumpat ke Dabong itu tidak berhenti di Hentian Kuala Kris.

Pada awalnya kesemua pelajar tetap menunggu sehingga pukul 7.30 pagi sebelum pulang ke rumah masing-masing selepas tiada lagi kereta api yang tiba.

Sementara itu, KTMB ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca.

"Pengurus Wilayah Timur akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah dan penghulu untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 1:17 PM