Sakit tekak yang berterusan boleh menjejaskan tumpuan sepanjang hari - FOTO Hiasan.
Sakit tekak yang berterusan boleh menjejaskan tumpuan sepanjang hari - FOTO Hiasan.
Mohammad Asyraf Khalib

SAKIT tekak sebenarnya tidak boleh dipandang remeh. Walaupun sering dianggap biasa, rasa sakit itu boleh membuatkan 'mood' anda seharian hilang. 

Mana tidaknya, hendak minum, makan, bercakap atau telan air liur sedikit pun deritanya cukup luar biasa. Bagi melegakan masalah itu, orang ramai disaran mendapatkan lozeng sakit tekak DifflamAB. 

Hadir dalam dua pilihan iaitu DifflamAB dan Difflam HEXTRA, masing-masing mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.

Difflam AB 

Image

Lozeng DifflamAB (Honey Lemon) sesuai untuk melegakan ketidakselesaan pada tekak termasuk kekeringan, rasa gatal, perit atau sakit.

Mengandungi dua bahan antiseptik iaitu -2, 4 dichlorobenzyl alcohol dan amylmetacresol, ia membantu membunuh bakteria, mengurangkan jangkitan dan menawarkan kelegaan segera kepada pengguna.

Selain Honey Lemon, DifflamAB turut hadir dalam perisa lain seperti oren dan anggur hitam.

DifflamAB sesuai diambil setiap dua hingga tiga jam sekali untuk kelegaan berpanjangan ketika sakit dan ia boleh digunakan oleh orang dewasa termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.

Difflam HEXTRA

Image

Bagi mereka yang menderita sakit tekak lebih serius, Difflam HEXTRA adalah pilihan lebih baik kerana ia mengandungi antiseptik dan anestetik setempat .

Antiseptik bertindak membunuh bakteria dan menghalang jangkitan, manakala anestetik setempat pula membantu mengurangkan sakit dengan memberi rasa kebas yang melegakan. 

Difflam HEXTRA juga sesuai diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak berusia enam tahun ke atas, setiap tiga jam atau apabila diperlukan sahaja. 

Mudah dibawa

Image

DifflamAB dan Difflam HEXTRA masing-masing hadir dalam bentuk kotak berisi 12 biji lozeng yang mudah dibawa ke mana-mana sekiranya diperlukan.

Justeru, jika anda mengalami masalah sakit tekak, segera dapatkan DifflamAB dan Difflam HEXTRA di farmasi berdekatan atau layari www.difflamab.my untuk maklumat lanjut.

Baca label produk untuk maklumat lanjut. Sekiranya simptom berterusan, sila rujuk pakar kesihatan. Jika anda rasa tidak sihat, dapatkan rawatan dengan segera.

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja serta tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi. Semua maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor atau rawatan untuk sebarang perubatan khas. 

Ini adalah iklan produk ubat.
Nombor pendaftaran yang diluluskan:
DifflamAB Honey Lemon (MAL09082784X)
DifflamAB Orange (MAL18126010X)
DifflamAB Lemon (MAL18126012X)
DifflamAB Blackcurrant (MAL18126011X)
Difflam HEXTRA (MAL20076056X)
Nombor KKLIU: KKLIU 3112 /2021
Tarikh Tamat: 31 Disember 2023
Maklumat pengiklan: 
iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Ltd
Malaysia Branch (995059-W)
6F-2A, 6th Floor, Tower 4 @ The PFCC,
Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor,
Malaysia.
Nombor telefon: 03-86003900

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 2:22 PM