GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nur Izzati Mohamad

Tasek Gelugor: Mayat lelaki dipercayai warga tempatan yang hanya berseluar pendek ditemukan terapung dalam sungai di Kampung Tebing Sungai di sini, tengah hari ini.

Ia disedari penduduk kampung berkenaan pada 12.30 tengah hari sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, terdapat motosikal dipercayai milik mangsa turut ditemui dalam kawasan kebun kelapa sawit tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemukan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 36 tahun itu.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam pada 1.30 tengah hari sebelum ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut.

"Temubual yang dijalankan terhadap isteri mangsa, dimaklumkan bahawa suaminya meninggalkan (keluar) rumah pada 11.30 pagi.

"Mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan terhadap mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 8:10 PM