GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan 48 lagi kes baharu dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, varian itu berjaya dikesan hasil kajian berterusan dijalankan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Mara (UiTM).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah 3,830 kes.

"Daripada jumlah dikesan itu, 3,810 kes membabitkan VOC dengan 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhannya, sehingga kini sebanyak 3,570 kes varian Delta, Beta (226) dan Alpha (Alpha).

"Sementara itu bagi kes VOI, sejumlah 13 kes adalah Theta, Kappa (empat kes) dan Eta (tiga kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai pengesanan kes dijangkiti varian berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan tiga negeri iaitu 34 kes dikesan di Pulau Pinang, Pahang (12) dan Perlis (dua).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 6:17 PM