HM Digital


Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi tahun 2022 untuk terus memperkasa pembangunan masyarakat luar bandar melalui program pembangunan komoditi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia membabitkan RM1.3 bilion disalurkan kepada FELDA bagi tujuan pakej pemulihan dan pembangunan peneroka.

Beliau berkata, selain itu, RM495 juta untuk manfaat peserta FELCRA dan RM699 juta untuk kemajuan pekebun kecil bagi perusahaan getah di bawah RISDA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 6:12 PM